menu

Home PruBSN Etiqa Insentif Rekemen Contact Us

12 February 2016

1/3 Kanser Boleh Dirawat Jika Kesan Awal

Satu dari tiga daripada penyakit kanser boleh dicegah,  satu  lagi boleh dirawat dengan baik jika dikesan pada peringkat awal. Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Dr S. Subramaniam faktor-faktor risiko penyakit kanser sama sahaja dengan faktor risiko penyakit tidak berjangkit lain iaitu gaya hidup tidak aktif (tak bersenam), merokok, makanan tidak sihat, kegemukan dan  alkohol





Sempena Hari Kanser Sedunia 2016,  Menteri Kesihatan Malaysia itu menggesa setiap organisasi dan individu agar memainkan peranan bersama-sama untuk  cegah & rawat kanser diperingkat awal. . Kanser adalah penyebab utama kematian di hospital kerajaan dan hospital swasta yang mana pada tahun 2014 sahaja 13.02% kematian akibat kanser di hospital kerajaan dicatatkan manakala 25.53% di hospital swasta



Hari Kanser Sedunia tahun 2016 disambut dengan tema 'Kami Boleh, Saya Boleh' bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai beban penyakit kanser yang boleh dikawal bersama-sama. Pengesanan kanser pada peringkat awal sangat penting kerana ia peluang besar untuk merawat kanser dengan baik dan berkesan. Justeru, beliau menyeru orang ramai daripada kumpulan umur tertentu agar lebih kerap menjalankan ujian saringan sama ada di hospital kerajaan ataupun swasta untuk kesan awal simpton kanser payudara,  kanser kolorektal dan kanser servik




No comments:

Post a Comment