menu

Home PruBSN Etiqa Insentif Rekemen Contact Us

04 October 2015

Sukar Dapat Kerja Selepas Kena Barah Usus


“Akibat perlu membawa beg stoma selepas menjalani pembedahan usus pada November 2014 yang lepas, saya sukar mendapat pekerjaan,” kata Abd Aziz Bahrom, bekas pesakit barah usus, berumur 48.

Menurutnya, dia tidak dapat dipisahkan dengan beg stoma untuk menyalurkan najis keluar dan berikutan itu, permohonannya untuk bekerja semula sebagai pemandu lori ditolak bekas majikan mahupun beberapa syarikat lain.

“Saya semakin bimbang memandangkan wang simpanan keluarga selama saya bekerja sebagai pemandu lori iaitu 10 tahun sudah digunakan semuanya, selain sejak dua bulan lalu, kami sekeluarga bergantung kepada bantuan adik-beradik,” katanya.

Abd Aziz berkata, walaupun sudah melengkapkan sesi rawatan kemoterapi dan radioterapi, dia diminta untuk menjalani pemeriksaan kesihatan pada pertengahan bulan ini, selain rawatan susulan berikutan sel kansernya dikhuatiri masih aktif.

“Bagaimanapun sebagai ketua keluarga, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menyara keluarga termasuk persekolahan anak tunggal yang belajar di tingkatan lima dan biarpun dilarang isteri untuk bekerja, saya terpaksa keluar bagi mencuba nasib.



“Namun usaha saya semuanya gagal apabila mendedahkan keadaan kesihatan dan majikan bimbang untuk menawarkan pekerjaan kerana mendakwa tidak mahu mengambil risiko,” katanya.

Abd Aziz berkata, usahanya memohon pencen ilat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) tidak berjaya apabila disahkan tidak mengalami sebarang keilatan.

Menurutnya, permohonan mendapatkan bantuan perubatan daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) yang dilakukan beberapa bulan lalu juga masih menantikan maklum balas.

“Sehingga kini, saya hanya menerima bantuan segera sejumlah RM300 daripada MAIJ dan ia digunakan bagi membeli beg stoma.

“Sekiranya tidak menggantikan beg stoma berkenaan, saya berdepan dengan risiko jangkitan kuman dan membahayakan nyawa,” katanya yang datang ke Pejabat Harian Metro, semalam.

No comments:

Post a Comment