menu

Home PruBSN Etiqa Insentif Rekemen Contact Us

31 October 2015

Rayu RM30,000 Rawati Kanser Paru-Paru

Derita Kanser Paru-Paru


Bahau: Seorang lelaki mengharapkan sumbangan kewangan daripada orang ramai untuk membiayai pembedahan isterinya, Shanizah Mohd Shizan, 34, yang bermasalah tulang belakang, supaya pembedahan dapat dijalankan dengan segera.

Mohd Zakir Zainal Abidin, 42, yang tinggal di Kampung Bukit Laka, berkata, isterinya turut disahkan kanser paru-paru tahap empat dan memerlukan RM30,000 bagi kos pembedahan kanser berkenaan.



Shanizah disahkan kanser paru-paru


Simpton Kanser Paru-Paru


Katanya, bermula dengan batuk pada April 2014, keadaan isterinya makin serius apabila mula kehilangan suara pada 2 bulan selepasnya.

“Saya sudah bawa isteri dapatkan rawatan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan, namun penyakit isteri saya gagal dikesan sehinggalah saya membawanya mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada Februari 2015,” kata Zakir.

Menurutnya lagi,, ujian dan pemeriksaan pegawai perubatan di PPUKM mengesahkan isterinya telah menghidap kanser paru-paru yang kritikal dan sudah merebak ke bahagian tulang belakang.

Bapa kepada tiga anak berusia 3-14 tahun berkata, ketika ini, isterinya sedang menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi termasuk ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI). Akibat kanser berkenaan, berat badan isterinya turun mendadak daripada 55 kilogram kepada 39 kilogram.

Rayu Bantu Kos Rawatan Kanser Paru-Paru


“Saya bekerja sendiri membuat pendawaian elektrik dan pendapatan tidak menentu menyebabkan saya gusar memikirkan bagaimana hendak mencari wang untuk menampung kos pembedahan isteri saya” katanya lagi.

Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Mohd Zakir Zainal Abidin 155032476369 atau menghubunginya 019-6121455.

No comments:

Post a Comment