“Akibat perlu membawa beg stoma selepas menjalani pembedahan usus pada November 2014 yang lepas, saya sukar mendapat pekerjaan,” kata Abd Aziz Bahrom, bekas pesakit barah usus, berumur 48.

Menurutnya, dia tidak dapat dipisahkan dengan beg stoma untuk menyalurkan najis keluar dan berikutan itu, permohonannya untuk bekerja semula sebagai pemandu lori ditolak bekas majikan mahupun beberapa syarikat lain.
“Saya semakin bimbang memandangkan wang simpanan keluarga selama saya bekerja sebagai pemandu lori iaitu 10 tahun sudah digunakan semuanya, selain sejak dua bulan lalu, kami sekeluarga bergantung kepada bantuan adik-beradik,” katanya.
Abd Aziz berkata, walaupun sudah melengkapkan sesi rawatan kemoterapi dan radioterapi, dia diminta untuk menjalani pemeriksaan kesihatan pada pertengahan bulan ini, selain rawatan susulan berikutan sel kansernya dikhuatiri masih aktif.
“Bagaimanapun sebagai ketua keluarga, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menyara keluarga termasuk persekolahan anak tunggal yang belajar di tingkatan lima dan biarpun dilarang isteri untuk bekerja, saya terpaksa keluar bagi mencuba nasib.