menu

Home PruBSN Etiqa Insentif Rekemen Contact Us

15 September 2015

Jual Rumah Untuk Sara Keluarga & Biayai Rawatan

Seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang kini menderita sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis terpaksa menjual rumah untuk menyara keluarga dan membiayai rawatan penyakitnya.
 

Mahmud Ali, 44, yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis merayu sumbangan orang ramai untuk meringankan masalah yang ditanggungnya.

Mahmud Ali, 44, yang tinggal di No 38 Taman Maluri Jitra, bersama lima orang anaknya termasuk empat yang masih bersekolah kini hanya menunggu masa untuk keluar dari rumah yang dijualnya itu.

Menurut Mahmud, dia kini bergantung hidup di atas wang ihsan yang diberikan oleh rakan-rakan dan jiran yang bersimpati dengan nasibnya sekeluarga.

“Fikiran saya kini amat buntu untuk mencari wang setelah permohonan mendapatkan bantuan sara hidup daripada Persatuan Bekas Tentera dan pertubuhan politik tidak dilayan,” katanya yang datang ke pejabat Utusan baru-baru ini.



“Tidak seorangpun ahli jawatankuasa persatuan itu datang ke rumah untuk melihat perkembangan hidup saya yang sedang menderita sakit ini, sedangkan saya adalah ahli persatuan seumur hidup.

“Mungkin kerana saya hanya berpangkat rendah maka penderitaan saya langsung tidak dihiraukan oleh persatuan,” katanya.

Bantuan Kewangan

Menurutnya, kawan-kawan dan jiran-jiranlah yang banyak menghulurkan bantuan kewangan dan menjadi tempat mengadu nasib bagi menyara kehidupannya sekeluarga.

Mahmud memberitahu, empat daripada lima orang anaknya masih bersekolah iaitu yang sulung sedang belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di sini, manakala tiga lagi anaknya masing-masing berada dalam tingkatan lima, tiga dan tahun lima.

Mahmud juga tidak boleh membuat sebarang pekerjaan setelah doktor pakar mengesahkan mengenai penyakit-penyakit yang dihidapinya itu.

Menurutnya lagi, penyakit yang ditanggungnya memaksa dia sering keluar masuk hospital sepanjang tahun lalu, dan tahun ini sahaja sudah dua kali.

“Baru-baru ini, saya terpaksa menjual rumah yang sedang saya duduki dan kini kami sedang menunggu masa diperintah keluar.

“Saya tidak dapat bayangkan ke mana haluan kami selepas ini,” jelasnya yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai saudara mara dan kampung halamannya.
Beli Ubat

Tambah Mahmud, dia juga terpaksa membelanjakan RM280 sebulan untuk membeli ubat-ubatan dari sebuah pusat perubatan swasta bagi merawat penyakit jantung yang dihidapinya.

“Saya bernasib baik kerana mendapat pembiayaan perubatan daripada hospital kerajaan secara percuma tetapi bagaimana pula dengan wang perbelanjaan ulang alik ke Hospital Pulau Pinang, Hospital Alor Setar dan Hospital Jitra serta perbelanjaan sara hidup yang lain.

“Oleh itu, saya benar-benar mengharapkan orang ramai agar sudi membantu memandangkan saya benar-benar buntu dengan masalah yang dihadapi sekarang ini,” katanya.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah memasukkan wang ke dalam akaun GIRO Bank Simpanan Nasional Mahmud Ali di nombor 02400-29-00003157-9.

No comments:

Post a Comment