menu

Home PruBSN Etiqa Insentif Rekemen Contact Us

23 August 2015

Rekonstruktif Payudara Melalui Pembedahan

Rekonstruktif Payudara Sebagai Alternatif 


Kaum wanita pasti resah jika disahkan menghidap kanser payudara kerana penyakit itu adalah musuh nombor satu kaum wanita sejak sekian lamanya.  Risiko maut memang tinggi akibat kanser payudara dan kaum wanita sentiasa terdedah kepada bahaya kanser ini. Dianggarkan, 1 dari 12 atau 8.3%  wanita di Malaysia berisiko menghidapi penyakit berbahaya itu.

Dr. M. Nasir Zahari, Konsultan Pembedahan Plastik, Rekonstruktif dan Kosmetik Pusat Perubatan Beverly Wilshire, berkata "selepas diagnosis menghidap penyakit itu, perasaan bercampur baur mula menyelubungi setiap wanita seperti malu dan takut. Mereka akan berada dalam dilema sama ada mahu membuang payudara atau hadapi risiko maut.



Untuk mengembalikan keyakinan diri,  pembedahan rekonstruktif @ bina semula payudara dapat mengembalikan aura wanita selepas menjalani pembedahan pembuangan payudara. Pembedahan rekonstruktif payudara didefinasikan sebagai pembentukan semula payudara untuk menggantikan tisu yang telah dibuang melalui pembedahan akibat kanser payudara.

Hanya 30% ke 40%  pesakit kanser payudara pada tahap serius mempunyai kesedaran untuk membuang payudara mereka. Meskipun pembentukan payudara baharu itu tidak sempurna seperti yang asal, sekurang-kurangnya dapat mengembalikan keyakinan diri wanita tersebut untuk berada dalam masyarakat dan menjalani kehidupan seperti orang biasa,”


Rekonstruktif Payudara Dengan Implan Silikon

Payudara boleh dibentuk semula dengan pembedahan dengan memasukkan implan silikon atau menggunakan tisu otot, lemak dan kulit yang diambil daripada beberapa bahagian tubuh badan sendiri. Pembedahan itu boleh dilakukan pada waktu yang sama ketika pembedahan membuang kanser payudara iaitu pembedahan rekonstruktif awal atau dilewatkan sehingga dua tahun selepas membuang kanser.



Silikon Untuk Rekonstruktif PayudaraDoktor atau pakar perubatan biasanya akan menggalakkan wanita yang melakukan pembedahan rekonstruktif ini bagi membuang rasa trauma. Untuk melakukan pembedahan ini, ia memerlukan persetujuan doktor dengan pesakit selepas perbincangan mengenai tahap keseriusan kanser tersebut.

Di Malaysia, statistik menunjukkan ramai yang memilih untuk menangguhkan pembedahan kerana mahu fokus untuk buang tisu kanser dahulu dari mendapatkan payudara baharu. Situasi itu sangat berbeza dengan pesakit kanser payudara di luar negara kerana pemahaman atau pengetahuan mereka mengenai pembedahan berkenaan sangat baik.


Teknologi Rekonstruktif Payudara


Senario kesedaran awal mengenai rekonstruktif payudara meningkat sejak kebelakangan ini apabila semakin ramai wanita berani mengambil langkah awal melakukan pembedahan berbanding pada 25 tahun lalu. Ia mungkin didorong dengan perkembangan teknologi, dimana ia membantu mengurangkan rasa takut pesakit mengenai risiko kanser itu muncul kembali.

Pembedahan rekonstruktif payudara mempunyai beberapa prosidur seperti iaitu prosedur flap, implan, atau kombinasi flap bersama implan. Hasil dari rekonstruktif ini, payudara akan kelihatan semula jadi kerana tisu yang dipindahkan boleh menyesuaikan keadaan dengan perubahan-perubahan yang berlaku pada tubuh badan pesakit.

“Tidak perlu risau tentang kesan sampingan implan silikon dan kebocoran implan, prosedur flap merupakan alternatif terbaik bagi pesakit yang tidak mahu menggunakan implan atas sebab-sebab tertentu,” ujarnya Dr. M. Nasir Zahari lagi.

Tag:  Rekonstruktif Payudara






No comments:

Post a Comment