menu

Home PruBSN Etiqa Insentif Rekemen Contact Us

31 October 2015

Rayu RM30,000 Rawati Kanser Paru-Paru

Derita Kanser Paru-Paru


Bahau: Seorang lelaki mengharapkan sumbangan kewangan daripada orang ramai untuk membiayai pembedahan isterinya, Shanizah Mohd Shizan, 34, yang bermasalah tulang belakang, supaya pembedahan dapat dijalankan dengan segera.

Mohd Zakir Zainal Abidin, 42, yang tinggal di Kampung Bukit Laka, berkata, isterinya turut disahkan kanser paru-paru tahap empat dan memerlukan RM30,000 bagi kos pembedahan kanser berkenaan.

Tak Suruh Datang Pon


Belanja Ditinggal Kerna Outstation


14 October 2015

Prestasi Dana Ekuiti PruBSN 2013-2014


Bagi investor yang melabur RM dalam dana ekuiti pada 2013-2014, mereka akan mendapat lebihan wang 17.09%. Contoh di atas telah mengambil kira segala kos pengurusan. Untung 17.09% adalah UNTUNG BERSIH. Kadar caruman diambil kira pada setiap bulan mula beroperasi dan jualan balik pada 27 Jan 2013. Simpanan bulanan/investment adalah RM100 sebulan.

Ada dikalangan pelanggan saya yang menyimpan secara berkala untuk membayar insuran dan roadtax kereta. Jika diikutkan perkiraan di atas, bermakna mereka berjaya memasukan kembali 17.09% wang untuk bayar insuran kereta ke poket mereka.. Sekiranya harga insuran & roadtax mereka dalam RM400, kira boleh dapat renew FREE dah..Wow, jimat dengan keuntungan17.09%. Dengan cara ini juga mereka tidak akan rasa segebuk wang keluar kerana mereka meyimpan secara bulan sedikit demi sedikit.

13 October 2015

Claim Sakit Kritikal Jan-Jun 2015

Tuntutan utk kes penyakit kritikal dari JANUARY hingga JUNE 2015



Ini adalah claim yang telah bayar kepada pemegang polisi atau org yg dilindungi terkena penyakit kritikal. Ini tak campur kos rawatan, just pampasan

10 October 2015

Bisnes Tak Payah




Bosan dengan pekerjaan sekarang? 

Boss selalu marah-marah? 

Gaji tak naik-naik?

Mahukan peluang menjana PASSIVE INCOME sampingan yang senang tapi lumayan? 


04 October 2015

Sukar Dapat Kerja Selepas Kena Barah Usus


“Akibat perlu membawa beg stoma selepas menjalani pembedahan usus pada November 2014 yang lepas, saya sukar mendapat pekerjaan,” kata Abd Aziz Bahrom, bekas pesakit barah usus, berumur 48.

Menurutnya, dia tidak dapat dipisahkan dengan beg stoma untuk menyalurkan najis keluar dan berikutan itu, permohonannya untuk bekerja semula sebagai pemandu lori ditolak bekas majikan mahupun beberapa syarikat lain.

“Saya semakin bimbang memandangkan wang simpanan keluarga selama saya bekerja sebagai pemandu lori iaitu 10 tahun sudah digunakan semuanya, selain sejak dua bulan lalu, kami sekeluarga bergantung kepada bantuan adik-beradik,” katanya.

Abd Aziz berkata, walaupun sudah melengkapkan sesi rawatan kemoterapi dan radioterapi, dia diminta untuk menjalani pemeriksaan kesihatan pada pertengahan bulan ini, selain rawatan susulan berikutan sel kansernya dikhuatiri masih aktif.

“Bagaimanapun sebagai ketua keluarga, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menyara keluarga termasuk persekolahan anak tunggal yang belajar di tingkatan lima dan biarpun dilarang isteri untuk bekerja, saya terpaksa keluar bagi mencuba nasib.

15 September 2015

Jual Rumah Untuk Sara Keluarga & Biayai Rawatan

Seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang kini menderita sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis terpaksa menjual rumah untuk menyara keluarga dan membiayai rawatan penyakitnya.
 

Mahmud Ali, 44, yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis merayu sumbangan orang ramai untuk meringankan masalah yang ditanggungnya.

Mahmud Ali, 44, yang tinggal di No 38 Taman Maluri Jitra, bersama lima orang anaknya termasuk empat yang masih bersekolah kini hanya menunggu masa untuk keluar dari rumah yang dijualnya itu.

Menurut Mahmud, dia kini bergantung hidup di atas wang ihsan yang diberikan oleh rakan-rakan dan jiran yang bersimpati dengan nasibnya sekeluarga.

“Fikiran saya kini amat buntu untuk mencari wang setelah permohonan mendapatkan bantuan sara hidup daripada Persatuan Bekas Tentera dan pertubuhan politik tidak dilayan,” katanya yang datang ke pejabat Utusan baru-baru ini.

Elaun Hospital Deman Panas RM750

Salam Nazri, anak aku demam panas teruk lah .. boleh guna da ke medical card? Tanya seorang kawan merangkap client pada ketika aku baru selesai solat subuh. Nadanya cemas dalam telefon mengundang ingatan aku pada seorang prospek lama yang anaknya kini bermasalah. Ya lah, ibu mana yang tidak risau bila anak demam panas, lambat dapatkan rawatan otak boleh terjejas.

Memandangkan polisi anak kecil ini telah masuk bulan ke-5, pastinya tiada masalah untuk dapatkan rawatan. Aku terus menasihati beliau supaya terus ke KPJ Tawakkal kerana berhampiran dengan rumah mereka.


Tempoh Tunggu Haji 50 Tahun

Haji adalah rukun Islam ke-5 yang menjadi kewajipan setiap orang Islam. Haji boleh dilaksanakan dengan syarikat yang diamanahkan untuk menguruskan perihal haji: Tabung Haji.

Berita semalam agak menyejutkan. Tempoh menunggu untuk menunaikan haji kini adalah 50 tahun. Bermakna, sekiranya kita mendaftar pada umur 30 tahun, giliran kita menunaikan haji secara kasar adalah pada umur 80 tahun



23 August 2015

Rekonstruktif Payudara Melalui Pembedahan

Rekonstruktif Payudara Sebagai Alternatif 


Kaum wanita pasti resah jika disahkan menghidap kanser payudara kerana penyakit itu adalah musuh nombor satu kaum wanita sejak sekian lamanya.  Risiko maut memang tinggi akibat kanser payudara dan kaum wanita sentiasa terdedah kepada bahaya kanser ini. Dianggarkan, 1 dari 12 atau 8.3%  wanita di Malaysia berisiko menghidapi penyakit berbahaya itu.

Dr. M. Nasir Zahari, Konsultan Pembedahan Plastik, Rekonstruktif dan Kosmetik Pusat Perubatan Beverly Wilshire, berkata "selepas diagnosis menghidap penyakit itu, perasaan bercampur baur mula menyelubungi setiap wanita seperti malu dan takut. Mereka akan berada dalam dilema sama ada mahu membuang payudara atau hadapi risiko maut.